Lirik Lagu Yang Cantik - Khalifah

Yang Cantik - Khalifah

Hai cantik..Jelingan matamu mempesona
Senyuman yang meruntun jiwa
Kelu lidah aku berbicara
Cantik..Cantik..

Sungguh ayu ciptaan Tuhan kepadamu
Mungkinkah kau bidadari itu
Halus kulit merah bibirmu
Ayu..Ayu..

Bintang..Bulan pun tidak secantik kamu
Mungkinkah Tuhan memilih kamu
Satu..Antara beribu..

Matahari terhenti menyinari hari
Hilang panas cuaca bertukarwajah
Bila kau menjelma di depan semua mata memandang
Terpukau..Yang sasau..Yang angau..

Bila-bila..dan di mana-mana..
Ku lafaz doa-doa..
Puji..puji..puji bagiNya..

Lalu titik-titik air turun dari langit
Membasahi bumi gersang lalu jadi hijau
Kau yang cantik bagai bidadari dari langit
Memiliki wajah ayu yang memukau..

Kau cantik,,Punya senyuman yang manis
Punya pandangan yang manja
Ayu mata mempesona
Bisa-bisa buta mataku
Jika terus merenungmu
Kerana kau bidadariku
Hanyalah di duniaku
Tiada-tiada paling cantik
Kurniaan Tuhan kepadaku
Hanyalah ada dirimu
Kerana kau bidadariku
Cantik..Cantik.Cantik..
Previous Post Next Post